adakah dia ini pemecah belah pakatan rakyat
Hari ini, malaysiakini menyiarkan laporan bahawa nazree bekas pengerusi GERAK yang menyertai PKR memberitahu beliau ada menerima maklumat daripada seseorang yang disembunyikan identiti bahawa ada usaha untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat dan juga aduan Tulang Besi yang menyatakan ada 3 pemimpin PAS yang mendalangi usaha ini.
Masih menunggu jawapan kepada kemasukan Nazree ini ke PKR hanya untuk mendedahkan perkara ini dan memecah belahkan Pakatan Rakyat yang dihantar oleh UMNOBN atau perkara yang diberitakannya adalah betul. 2 kemungkinan yang Pakatan Rakyat wajar memerhati.
aku melarikan diri daripada kawasan ke cawangan
Setelah agak lama duduk dalam kawasan, terpaksa untuk aku mengundur diri buat sementara waktu memberi komitment kepada cawangan sahaja. Bukan bagi aku melarikan diri daripada tugasan yang telah diamanahkan.
Bagi diri aku yang lemah ini, aku lebih rela menyisihkan diriku sedikit daripada kemelut yang berlaku disamping duduk membuang masa dengan pimpinan yang tidak mengendahkan pentarbiahan dan juga lebih mengutamakan pendirian masing-masing.
Terus terang aku adalah pendokong ulama’ dan aku tidak menolak profesional kerana aku juga profesional, tetapi dengan sikap sebahagian pimpinan yang lalai juga segelintir pak turut, aku berbesar hati meletak jawatan dan terus bekerja tetapi dalam skop yang lebih kecil iaitu di cawangan.
Telah banyak perkara yang dingin berlaku, aku bukanlah tinggi dalam semua ilmu, tetapi aku mempunyai pendirian untuk meletakkan diriku bersangka baik terhadap semua sahabatku.
Mengapa pimpinan sekarang menjadikan tulisan-tulisan bloggers sebagai panduan mereka membuat keputusan, sungguh jelik melihat mereka ini bersungguh-sungguh memegang tulisan yang direkacipta oleh bloggers-bloggers ini.
sorry to all, aku lebih merindui kehidupan yang penuh tarbiah, nak buat perubahan seorang susah kerana terlalu ramai otak seperti Khalid Samad, Dzulkifli Ahmad dan Anwar Ibrahim…
UTUSAN MALAYSIA PUTAR BELIT KENYATAAN PRESIDEN PAS
bukti PAS x tolak hiburan bulat2.. hiburan mestilah ke arah kebaikan..
dlm gambar di atas memaparkan amy search, wardina, siti nurhaliza, UNIC dan penulis novel Ayat-Ayat Cinta, Habiburrahman Al-Syirazy mengunjungi TGNA..yasin dan akbar brothers di rumah DSAI..erma fatima dan azean irdawati bersama YB dr. lo’lo
wajah sebenar pemimpin Islam
14-2-2010 Tahniah Tuan Guru Presiden telah berjaya menyelamatkan mangsa lema di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku ketika Tuan Guru sedang berehat bersama keluarganya di Tepi pantai tersebut.Insya’Allah

membeli ebook sambil menderma kepada PASTI Al-Islah
Kepada sahabatku yang ingin membeli sambil menderma, boleh melawati lama web ini bagi mendapatkan ebook dengan harga yang sangat berpatutan demi membantu PASTI Al-Islah kelolaan sahabat sy di Arau, Perlis.
Insya-Allah mudah-mudahan, ilmu yang sahabat dapatkan melalui ebook ini akan mendapat keberkatan serta dimurahkan rezeki atas sumbangan anda kepada PASTI Al-Islah ini.

Syukran,
Memahami Fitnah (Cabaran) Dalam Dakwah & Jamaah (3)
3. Pendokong fitnah (pemecahbelah jamaah) biasanya memiliki sedikit hujjah yang disangka benar, lalu dicampurkan dengan sangkaan-sangkaan yang berlebih-lebihan.
Sesuatu fitnah (isu yang memecahbelah) amatlah sukar untuk berkembang selagimana ia tidak bersandar kepada sedikit kebenaran (hujjah). (Fitnah Aisyah – peristiwa ifk- sebagai contoh adalah berdasarkan fakta Aisyah sampai ke Madinah lewat dari rombongan dan ditemani oleh seorang lelaki yang bukan mahram, maknanya berdua-duaan – pen). Api yang memusnahkan sudah pasti ada permulaannya…
(Haruslah disedari) Fitnah adalah salah lantaran ia membawa kepada kerosakan (pecahbelah), bukan disebabkan (benar atau salah) pendapat yang menjadi dasar kepada fitnah itu. Bahkan menjadi satu kaedah umum bahawa seringkali fitnah yang berlaku adalah bergantung kepada sedikit kebenaran tetapi ahli yang mendokong fitnah ini mencampur adukkan sedikit kebenaran tersebut dengan berbagai-bagai kebatilan (andaian dan prasangka).
Mereka mencampurkan di antara keyakinan yang sedikit dan sangkaan yang banyak, lalu sesuatu perkara itu tidak diletakkan pada tempat yang sepatutnya dan sesuatu sikap (tindakan) tidak ditafsirkan sebagaimana sepatutnya. Cerita-cerita bercampur aduk. Sebab-sebab dan alasan-alasan tidak lagi dikaji. Khususnya ijtihad yang dilakukan oleh para pemimpin adalah berasaskan banyak faktor dan suasana tertentu, ditentukan oleh sebab-sebab, disempadankan oleh beberapa suasana dan rahsia, juga dikelilingi oleh kesukaran dan halangan.
Jika kita kembali kepada fitnah pertama yang berlaku di zaman Uthman r.a., kita akan dapati bahawa beliau tidak pernah mempunyai aib dan kekekurangan, tetapi ahli fitnah telah mencampur adukkan kebatilan (rekaan-rekaan) yang banyak dengam sedikit kebenaran yang ada bersama mereka. (Dalam isu Saidina Uthman, baginda difitnah sebagai mengamalkan kronisme sedangkan beliau memberi jawatan kepada kerabatnya yang memang layak untuk memegang jawatan tersebut-pen).
Pada setiap masalah Uthman r.a. mempunyai sebab dan ijtihadnya yang tersendiri (sila rujuk buku Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w. : Antara Ketulenan Fakta dan Pembohongan Sejarah tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin-pen). Kita tidaklah mahu mempertahankan Uthman r.a. di sini (dalam kesempatan ini). Tetapi kita mahu membuktikan tentang fenomena ini, bagaimana ahli fitnah sentiasa menambah-nambah dan melebih-lebihkan sesuatu. Selepas itu disebarkan berita-berita dan gosip-gosip yang tidak benar, tetapi kelihatan kepada umum seolah-olah ia adalah kebenaran dan mereka nampak bahawa ketepatan itu bersama ahli perpecahan.
Dalam waktu yang sama, ahli kebenaran sukar untuk menangkis segala serangan dan tuduhan, serta mustahil untuk para pemimpin membincangkan tentangnya secara terang-terangan, mungkin kerana ;
- bimbangkan rahsia jamaah akan terbongkar,
- atau kerana menjaga maklumat-maklumat penting dari terlepas kepada pihak musuh,
- atau bertujuan tidak mahu menyebabkan timbul masalah yang lebih besar,
- atau kerana tidak ingin membangkitkan perasaan tidak senang sesama sendiri,
- ditambah lagi dengan keinginan untuk menjaga kejernihan hati dan jiwa,
- tidak mahu melampaui adab-adab Islam,
- atau terheret sama ke arah perdebatan (yang membuang masa dan bukan keutamaan)
Ke semua faktor-faktor yang dinyatakan di atas akan menyebabkan orang menyangka bahawa kebenaran berada di pihak ahli fitnah dan urusan jamaah sekarang tidak berada di atas landasan kebenaran.
* Petikan (bersama terjemahan bebas) dari buku Fitnah Dalam Kehidupan Pendakwah – Muhammad Ahmad Ar-Rashid m.s. 65-67
Patut laaa engine keta cepat rosakk
Patut laaa Rampasan Minyak Pelincir keta cepat rosakk..
sila download dan sebarkan kepada sahabat yang lain, beli minyak kereta daripada stesen minyak rasanya lebih selamat daripada beli dikedai-kedai biasa.
Berjuanglah untuk menegakkan agama Allah – TGHA
Orang yang memberi sumbangan harta benda pada jalan Allah SWT diberi pahala sampai kepada 700 kali ganda di mana kebiasaannya amal yang baik itu digandakan dengan 10 kali ganda tetapi pengorbanan harta benda kerana meninggikan agama Allah diberi pahala sampai kepada 700 kali ganda.
Allah Taala berfirman dalam al-Quran bermaksud :”Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Al-Baqarah ayat 195)
Makna mencampakkan diri ke dalam kebinasaan ialah kamu tidak menjalankan tugas jihad. Tetapi ada manusia menyalahgunakan ayat ini. Mereka berkata, tidak ada gunanya kita berjuang untuk Islam nanti, kita akan dipenjarakan, ditukar tempat kerja atau dibuang kerja dan sebagainya sedangkan Allah Taala mengatakan jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.
Inilah cara bagaimana cakap-cakap yang berdalilkan ayat dengan cara yang salah kerana ayat ini mempunyai hubungan dengan menegakkan agama Allah SWT, bahkan orang yang tidak berani menegakkan agama Allah itulah orang yang mencampakkan diri mereka ke dalam kebinasaan.
Pernah diriwayatkan ketika orang-orang Islam berperang dalam rangka menawan kota Konstantinople (Istanbul, Turki) tiba-tiba orang Islam berdepan dengan tentera Rom yang terlalu ramai.
Ada antara orang Islam itu seorang pahlawan yang terlalu berani. Dia terus masuk ke dalam tentera Rom yang ramai secara bersendirian sehingga dia dibunuh oleh tentera Rom, lalu orang ramai mengatakan, kenapa dia sanggup membinasakan dirinya? Tidakkah Allah mengatakan dalam al-Quran:” Jangan kam mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Al-Baqarah ayat 195)
Kebetulan di dalam peperangan itu ada seorang sahabat yang bernama Abu Ayub al-Ansari r.a iaitu sahabat yang diberi kelebihan ketika Rasulullah s.a.w berhijrah di mana baginda s.a.w bermalam di rumah sahabat itu sebelum baginda memiliki rumahnya sendiri di kota Madinah. Semasa Abu Ayub meniti usia tua, beliau juga hadir sama dalam peperangan dengan tentera Rom.
Apabila beliau mendengar seseorang membaca ayat tersebut, dia naik radang sambil berkata: “Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah mentakwilkan ayat ini dengan takwil yang begitu rupa. Sesungguhnya ayat ini diturunkan kepada kami golongan Ansar ketika kami telah mendapat ganjaran daripada Allah ketika Allah memenangkan agama-Nya dan ramai orang yang menolong agama-Nya maka berkatalah sesetengah kami terhadap sesetengah yang lain.
“Kami berbisik sesama kami dengan tidak diketahui oleh baginda Rasulullah s.a.w bahawasanya harta manusia sudah banyak. Kita ketinggalan dalam masalah harta benda kerana mementingkan jihad, tidak menguruskan kebun dan perniagaan dengan baik.
“Sesungguhnya Allah memberi kemenangan kepada Islam dan orang yang menegakkan agama Islam juga sudah ramai maka langkah sebaiknya kita semua tinggal di Madinah, tidak payah lagi berperang seperti biasa. Kita serahkan urusan jihad itu kepada orang lain kerana kita mahu membaiki dan menjaga kebun kita dan apa yang ketinggalan selama ini dalam harta benda, kita dapat mengatasinya semula.”
“Justeru, Allah SWT menurunkan ayat ini kepada Nabi-nya sebagai menolak apa yang kami katakan:”Dan berbelanjalah kamu pada jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.”
Abu Ayub r.a adalah serorang sahabat yang berani di mana ketika dalam keadaan sakit beliau mewasiatkan supaya dikebumikan mayatnya di tepi kota itu (kota musuh), jangan dibawa pulang mayatnya ke Madinah. Ini kerana beliau mahu kuburnya dipijak oleh kuda-kuda tentera Islam yang meneruskan perjuangan Islam, menawan kota tersebut dari tangan musuh.
Orang Islam berjihad beratus-ratus tahun lamanya untuk menawan kota Konstantinople kerana kerajaan Rom Timur mempunyai teknologi yang kuat dan lebih daripada orang Islam. Mereka mempunyai berbagai-bagai senjata moden pada zaman itu antaranya mereka boleh melontarkan peluru api yang boleh bernyala di dalam air sehingga kapal-kapal tentera Islam terbakar.
Akhirnya Allah SWT memberi kurniaan kepada Sultan Muhammad al-Fateh iaitu Sultan kerajaan Islam Uthmaniyah yang memimpin tentera Islam dalam usia 20-an. Baginda diberi kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w bahawa baginda boleh menawan kota itu semula dan memimpinnya.
Setelah kota itu ditawan orang Islam, mereka menukar namanya kepada Istanbul dan gereja Es Sophia yang besar itu telah ditawan oleh orang Islam. Patung-patung yang dibina di dalam dan persekitarannya di buang serta ia ditukar menjadi masjid yang agung hingga ke hari ini.
Sehingga sekarang masjid itu dikenali dengan Masjid Al-Fateh atau Masjid Es Sophia tetapi sayangnya apabila Mustafa Kamal Ataturk berkuasa di Turki, dia telah menjadikan masjid itu sebagai muzium. Tetapi alhamdulillah setelah orang Islam kembali sedar, muzium itu ditukar semula kepada masjid.
Berdasarkan kepada ayat yang ditafsirkan ini dan berdasarkan kepada riwayat Abu Ayub, orang Islam boleh menunjukkan keberanian sehingga keperingkat mati menentang musuh yang lebih ramai jika sekiranya tindakan itu memberi semangat kepada tentera-tentera Islam yang lain.
Memang berlaku di kalangan orang Islam apabila hatinya terlalu kuat hubungannya dengan Allah SWT dengannya, yang dia nampak ialah balasan baik daripada Allah dan janjinya, apabila berlakunya hubungan langit dan bumi yang terlalu erat dan tidak ada pemisahan lagi, maka seseorang itu tidak akan takut lagi kepada mati.
Inilah yang pernah dinyatakan oleh ulamak sebagaimana yang disebut oleh as-Syahid Saiyid Qutb di dalam buku-buku tulisannya. Apabila bumi berhubung dengan langit, apabila hati itu bulat kepada Allah SWT, maka dia tidak mengira mati lagi dalam menegakkan diri dalam kebinasaan.
Kesimpulannya, mencampakkan diri ke dalam kebinasaan ini ialah ditujukan kepada orang yang tidak berjihad dan tidak memberi sumbangan harta benda serta jiwa raganya untuk meninggikan agama Allah. FirmanNya yang bermaksud :”Berbuat baiklah kamu, sesungguhnya Allah kasih kepada orang yang berbuat baik.” (Al-Baqarah ayat 195)
Diantara berbuat baik itu ialah membelanjakan harta benda kepada menegakkan agama Allah SWT dan sesungguhnya Allah amat suka dan kasih kepada orang-orang yang suka berbuat baik.
———–
Dipetik daripada buku “Kuliah Tafsir, Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah”, halaman 173-178, terbitan Dewan Muslimat Sdn Bhd, 1999.
KUALA LUMPUR, 19 Feb: Akhbar Umno, Utusan Malaysia telah mengambil kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam konteks yang salah ketika menyiarkan berita bertajuk “Umno mula alami perubahan yang baik – Hadi” dalam keluarannya semalam, 18 Februari.










SocialVibe